INFOMASI PSS

Profil Sekolah.


Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SK Lubok Teras


  • SKLT ialah sebuah sekolah di Daerah Setiu, Terengganu Darul Iman
  • PSS SKLT dibuka pada 1 Mei 1985, iaitu pada bulan ke 5 selepas pembukaan sekolah.
  • SKLT berkeluasan 3.98 hektar dan terletak di antara Kampung Bukit Lawang dan Kampung Bukit Aman.
  • Terletak di tepi jalan utama 25 km dari Kuala Terengganu dan 65 km dari Bandar Permaisuri

Pelan Sekolah
Pelan Sekolah Kebangsaan Lubok Teras

Bangunan Pusat Sumber SKLT


Visi Pusat Sumber
Pusat Sumber SKLT Menjana Generasi Pendidikan Terbilang

Misi PSS SKLT
Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk menawarkan :


  • Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah .
  • Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat
  • Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.
  • Melahirkan insan yang cintakan ilmu dan berakhlak mulia



Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. 
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.


Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi dan Peranan PSS 
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SKLT akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012